Pandangan ahli Sunah mengenai Saidina Uthman Uthman_bin_Affan

Menurut pandangan ahli Sunah Waljamaah, beliau mengahwini dua orang puteri Rasulullah SAW dalam masa yang berbeza (beliau digelar zunurain). Saidina Uthman R.Anhu salah seorang dijanjikan syurga. Saidina Uthman mengahwini puteri Rasulullah SAW bernama Ruqayyah, setelah Ruqayyah meninggal dunia, beliau mengahwini Ummu Kalthum. Selepas Ummu Kalthum meninggal dunia, beliau telah berkahwin sebanyak 7 kali dan isteri terakhirnya bernama Nailah Binti Furaifisha.